Berry Tokoh Guru No.1 – Encik Arbain bin Miswan

by BerryBerryTeacher

in Berry Tokoh Guru

Berry Berry Easy is pleased to start a new section to honour and highlight excellent teachers who have gone beyond the scope of duty to guide students to greater heights. The greater heights mentioned are not confined to academic excellence, but also in the form of extra-curricular events, competitions and other ways which touches a student or community in general. A teacher which fits into this profile and selected as our first Berry Tokoh Guru is the very experienced (21 years in service) Encik Arbain bin Miswan. He guided his student Jeep Wai Hong to a second place nationwide in the Essay Writing competition organised by the Persatuan Sejarah Malaysia (History Society of Malaysia). For this, we congratulate both this pair of teacher-student combination. We are fortunate enough to be able to share with all Berry Readers his story and give insights into the mind and thoughts of a great teacher.

Berry Tokoh Guru #1 – Encik Arbain bin Miswan – Second Place in National Level Essay Writing Competition by Persatuan Sejarah Malaysia – Mentor/Guru Pembimbing

We’ll start of with the biodata of Mr Arbain. The subsequent interview will be conducted in Malay in conjunction with Merdeka Day 2010 and also as a tribute to the specialisation/option of Mr Arbain as a Malay language teacher.

Biodata Encik Arbain bin Miswan

Encik Arbain B. Miswan dan Jeep Wai Hong menerima Sijil Pemenang.

Encik Arbain B. Miswan dan Jeep Wai Hong menerima Sijil Pemenang.

  • Ijazah Kepengetuaan (Universiti Malaya) NPQH (National Professional Qualification Of Headship) dalam bahasa Melayu Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan.
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Universiti Malaya) Sejarah dan Pengajian Bahasa Melayu
  • Berkhidmat sebagai guru sejak 01/08/1989
  • Sekarang memegang jawatan Penolong Kanan 1 di SMK Dato’ Jaafar Johor Bahru.
  • Antara karya-karya yang dihasilkan:
    Merangsang Pelajar Berfikir dalam Mata Pelajaran BM dan Pengetua Unggul (Pendidik)
    Memartabatkan Profesion Perguruan (Dewan Masyarakat)
    Beberapa ulasan buku ilmiah (Dewan Masyarakat & Pelita Bahasa)
Encik Arbain B. Miswan dan Jeep Wai Hong menang dalam Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia

Encik Arbain B. Miswan dan Jeep Wai Hong menang dalam Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia

The Interview with Encik Arbain bin Miswan

1. Bilakah pengumuman bahawa SMK Dato’ Jaafar telah merangkul tempat kedua dalam pertandingan Menulis Sejarah Malaysia peringkat kebangsaan (anjuran Persatuan Sejarah Malaysia) diumumkan? Apakah perasaan cikgu pada masa itu?

> Kita mengetahui secara rasmi keputusan tersebut pada 17 Julai 2010. Perasaan saya gembira dan bersyukur. Hal ini sebab apabila terlibat dengan pengurusan sekolah, memang agar sukar untuk membimbing pelajar dalam kegiatan seumpama ini.

2. Cikgu merupakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, bagaimanakah cikgu dapat membimbing pelajar ini untuk menghasilkan karya/esei Sejarah yang mendapat pencapaian yang begitu cemerlang sekali sehingga menjadi pemenang peringkat kebangsaan?

> Penjelasan saya tentang perkara ini agak panjang. Sebenarnya opsyen saya adalah Bahasa Melayu dan Sejarah. Namun semenjak saya menjawat Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa sejak 1997 saya tidak lagi mengajarkan Sejarah, kerana tuntutan dan keperluan saya menumpukan kepada Bahasa Melayu.

Sebelum saya menjawat GKMP Bahasa, di sekolah pertama saya bertugas, saya selama 6 tahun membimbing pelajar dalam pertandingan esei, pantun, bahas, forum dan beberapa lagi aktiviti dalam bahasa Melayu. Pencapaian tertinggi yang diperoleh adalah johan peringkat negeri. Hal ini memang membantu saya dalam membimbing Jeep Wai Hong.

Tentang persoalan membimbing pelajar menghasilkan karya sejarah saya perlu kembali kepada asas penulisan sesuatu karya. Sebenarnya semasa saya mengajarkan Bahasa Melayu kepada para pelajar, saya menekankan aspek pemahaman terhadap apa-apa bahan yang dibaca. Bukti yang menunjukkan seseorang itu memahami apa-apa yang dibaca adalah seseorang itu dapat mengenal pasti isu, maklumat-maklumat, fakta-fakta, huraian dan contoh-contoh yang terkandung dalam sesuatu bahan bacaan, sama ada satu halaman atau sebuah buku.

Bertolak daripada menguasai kemahiran di atas, seseorang yang hendak menghasilkan sesuatu karya perlu banyak membuat rujukan. Maka ia perlu menentukan perkara yang hendak diutarakan dalam penulisannya. Seterusnya menentukan kerangka yang hendak dikembangkan dari segi isu, maklumat dan fakta-fakta yang berkaitan. Oleh itu, apabila seseorang itu membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku, internet dan dokumen, ia dapat menentukan isu, maklumat dan fakta-fakta yang berkaitan dengan tugasan yang dilakukannya.

Hal ini mengambarkan bahawa pertandingan penulisan yang disertai oleh Jeep Wai Hong adalah pemantapan kepada proses pembelajaran yang dialaminya di dalam kelas. Aspek-aspek yang saya bimbing adalah dari segi pengolahan maklumat dan fakta. Serta beberapa dimensi pemikiran yang kritikal dan anatikal. Hal ini sebab Jeep Wai Hong telah dapat menguasai kemahiran membaca dan pemahaman untuk mengenal pasti, membanding-membeza serta menilai aspek isi, maklumat, fakta, huraian dan contoh.

3. Bagaimana encik membuat pilihan pelajar? Apakah sifat-sifat pelajar yang dicarikan semasa pemilihan dibuat ? Bagaimanakah encik melatih pelajar berkenaan?
Apakah teknik-teknik yang digunakan untuk memberikan motivasi kepada pelajar tersebut?

> Penjelasan yang akan saya beri, berbeza daripada tujuan saudari mengemukakan soalan ini. Di sinilah keunikan, penghasilan karya tersebut.

Sebenarnya Jeep Wai Hong telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai pertandingan ini. Keunikan juga berlaku apabila pelajar (peserta) yang memilih guru pembimbing. Oleh itu, saya berpendapat, mungkin saudari boleh mengemukakan pertanyaan kepada Jeep Wai Hong mengapakah dia menyertai pertandingan tersebut dan memilih saya sebagai guru pembimbing? Sehubungan dengan itu saya rasa, saya tidak perlu memberi respon dahulu terhadap aspek sifat-sifat pelajar.

Menyentuh tentang cara saya memberikan bimbingan pula; pertama saya meminta Jeep menulis terdahulu esei yang berkaitan. Kedua, saya membaca esei tersebut (saya anggap sebagai draf pertama). Tujuan saya membaca keseluruhan draf tersebut, untuk memahami kerangka idea yang hendak disampaikan oleh Jeep. Ketiga, saya menganalisis kekuatan dan kelemahan draf tersebut dan menganalisis perkara-perkara yang perlu ditambah baik. Keempat saya mengadakan perbincangan dengan Jeep, memintanya mencari maklumat dan fakta yang berkaitan dan perlu ada di dalam esei tersebut. Di samping meminta dia menyusun semula kedudukan beberapa fakta dan maklumat. Juga mengugurkan apa-apa yang tidak relevan. Proses ini berlaku sebanyak tidak kurang tiga kali. Bentuk perbincangan saya dengan Jeep seperti bentuk perbincangan saya dengan guru.

Selepas saya berpuas hati dengan esei yang dihasilkan barulah kami membincangkan tajuk yang seseuai. Hal ini sebab dalam pertandingan ini, pihak penganjur hanya memberikan tema sahaja.

4. Apakah bantuan yang telah diberi kepada pelajar berkenaan?

> Oleh itu, bantuan yang saya berikan adalah dalam bentuk idea, teknik penulisan dan teori pensejarahan.

Bagi soalan yang lain saya berpendapat elok kiranya saya memberikannya selepas saudari memperoleh jawapan daripada Jeep terhadap dua soalan yang telah saya kemukakan tadi.

Encik Arbain B. Miswan mengajar dalam kelas

Encik Arbain B. Miswan mengajar dalam kelas

5. Apakah hasrat cikgu pada masa yang akan datang?

> Walaupun saya terlibat dalam menguruskan sekolah, jika ada pelajar yang berinisiatif untuk menyertai sesuatu pertandingan dan bersedia dibimbing mengikut apa-apa yang saya rancangkan, saya akan memperuntukan masa dan fikiran. Prinsip saya, apabila membimbing pelajar sejak 20 tahun lalu adalah untuk menjadi johan.

6. Apa kata-kata yang ingin cikgu sampaikan kepada pelajar-pelajar?

> Hayati falsafah, konsep dan objektif kegiatan kokurikulum yang sebenar. Ingat kokurikulum adalah pelengkap kepada pembelajaran di dalam kelas. Jangan tinggalkan kelas saja-saja untuk menjayakan kegiatan kokurikulum, itu adalah konsep yang salah. Sebenarnya, sebarang kegiatan kokurikulum bermula dari pembelajaran di dalam kelas. Jika anda mengabaikan pelajaran dan tiada disiplin kendiri, jangan harap anda akan berjaya dalam pelajaran. Rekod saya mengajar selama 21 tahun membuktikan keyakinan saya ini.

7. Apakah nasihat yang ingin cikgu sampaikan kepada pelajar-pelajar yang mahu mencapai kejayaan dalam hidup ?

> Bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan kuasailah ilmu, bukan sekadar ingin lulus cemerlang dalam peperiksaan. Dua tahun lepas seorang pensyarah UTM Skudai, mencari dan mengubungi saya, menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan saya. Akhirnya apabila bertemu beliau menyatakan bahawa apa-apa yang saya ajarkan semasa di tingkatan 4 (1996), beliau boleh gunakan sehingga peringkat PhD di Amerika Syarikat. Saya mengajarkan Bahasa Melayu, pengajian beliau peringkat PhD dalam bahasa Inggeris. Subjek yang beliau ajar di UTM adalah Keselamatan Komputer. Itulah ilmu boleh digunakan dalam apa-apa bahasa pun.

Inilah citra sebahagian daripada bekas pelajar-pelajar saya. Ramai bekas pelajar saya yang menceburi pelbagai bidang kerjaya menyatakan cara saya mengajar mereka. Inilah yang menyebabkan saya terus meneroka idea baru dalam pengajaran saya dan cara saya menguruskan bidang tugas saya di sekolah.

Cemerlang dalam peperiksaan sangat penting, tetapi itu bukan matlamat, sebenarnya hanya alat. Aspek-aspek lain yang penting untuk berjaya dalam hidup antaranya berdisiplin, perasaan kemanusiaan yang tinggi, gigih dan sentiasa kuat semangat apabila menghadapi cabaran dalam kerjaya serta kehidupan.

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dengan saya, semoga apa-apa yang saya nyatakan bermanfaat kepada anda semua.

— End of Interview —

We thank Mr Arbain for his time and sharing his experience on the competition and also general life lessons. So do remember what was said, especially the fact that “academic excellence is important but not the aim, it should be the instrument to success instead. Other aspects such as discipline, human compassion, determination and spirit/morale are also important in future endeavors and in life“.

Previous post:

Next post: