Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1): Bahagian Dasar Negara – Nota Cikgu Manisah Ahmad
Bab 1: Dasar Dalam Negara (Dasar Ekonomi)
1. DEB (Dasar Ekonomi Baru)
- Menekankan pembasmian kemiskinan & kesamaan dlm pembangunan ekonomi tanpa mengira kaum
- Menyusun semula masyarakat
2. DPN (Dasar Pembangunan Nasional)
- Menekankan pembangunan seimbang
- Mewujudkan masyarakat yg lebih bersatu padu
3. DWN (Dasar Wawasan Negara)
- Menjadikan negara maju tanpa abai pembangunan masyarakat
- Mengukuhkan daya tahan ekonomi
Bab 2: Dasar Luar Malaysia (Malaysia dan Negara Serantau)
ASEAN + 3 (PENTING!)
- Merupakan pertemuan antara ketua negara ASEAN dengan Perdana Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan & Presiden China
- Merupakan perjanjian berkaitan ekonomi & perdagangan sahaja
- ASEAN + 3 dilaksanakan secara tidak rasmi dan wujud kerana kegagalan EAEC (Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur) yang dibantah oleh Amerika Syarikat (takut mungkin menjejaskan kepentingan ekonomi negara-negara Asia Pasifik)
Misi Nasional: Lima Teras Misi Nasional
1. Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
- Tingkatkan produktiviti, daya saing & nilai ditambah dalam pertanian, pembuatan & perkhidmatan
- Jana sumber kekayaan baru dalam sektor berintensif ICT & bioteknologi
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan & inovasi negara serta pupuk minda kelas pertama
- Jadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembanguan sejagat
- Tingkatkan prestasi sekolah rendah sebagai sekolah pilihan rakyat
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi.
- Membasmi kemiskinan tegar
- Mengatasi jurang dalam kumpulan etnik dengan menambah pendapatan individu
4. Meningkatkan tahap & kemampanan kualiti hidup
- Memastikan perlindungan alam sekitar & penggunaan sumber asli yang cekap
- Menyediakan kemudahan pengangkutan awam elak kesesakan lalu lintas & penggunaan bahan api
5. Mengukuhkan keupayaan institusi & pelaksanaan
- Tingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam
- Tangani kegiatan rasuah dalam sektor awam & swasta.
{ 13 comments… read them below or add one }