STPM Pengajian Am 900/1 – General Answering Technique – Popular Questions in STPM (Soalan-soalan yang selalu ditanya) – Part 1
Soalan 1:
Jawatan-jawatan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dgn Majlis Raja-Raja iaitu:
- Ketua Hakim Negara
- Ketua Audit Negara
- Ahli-ahli suruhanjaya.
Soalan 2:
Apakah perbezaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan Ketua Setiausaha Negara?
A) Ketua Setiausaha Kementerian:
- Pegawai tadbir utama sesebuah kementerian.
- Memastikan dasar sesebuah kementerian dilaksanakan dgn cekap dan berkesan.
- Merupakan penasihat kepada menteri.
- Tidak terlibat dalam penggubalan dasar. Dasar biasanya digubal oleh wakil rakyat dan wakil Dewan Negara.
B) Ketua Setiausaha Negara:
- Ketua Perkhidmatan Awam.
- Merupakan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
- Merupakan setiausaha dalam mesyuarat kabinet (tetapi bukan ahli jemaah menteri / kabinet).
- Merupakan penasihat pentadbir utama menteri.
- Selaraskan kegiatan jabatan & badan berkanun dengan kementerian di semua peringkat sama ada persekutuan, negeri atau daerah.
{ 2 comments… read them below or add one }
{ 2 trackbacks }