Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1): Bab 4 Sistem Pentadbiran Malaysia

by cikgu manisah ahmad

in Berry Reference (Notes)

Nota Pengajian Am 900/1 (Kertas 1) – Nota Cikgu Manisah Ahmad

Bab 4 Sistem Pentadbiran Malaysia

Jata Negara - Malaysia

Beza antara SU Parlimen, Ketua SU Negara dan SU Kerajaan Negeri

SETIAUSAHA PARLIMEN

 

 

 

Pelantikan :

  • SU Parlimen dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri(PM).
  • Dipilih daripada kalangan mana-mana ahli Majlis Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara.
  • Perlu angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri.
  • Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dan boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal.

Peranan :

  • Membantu Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan menteri dalam menunaikan tugas dan fungsi mereka agar berjalan lancar.

Contoh:  Jika PM sibuk dengan tugas negara, SU Parlimen boleh mewakili PM dalam memberi jawapan semasa persidangan bagi hal yang kecil kepada menteri yang bertanya.

  • Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan dalam hal berkaitan dewan ketika bersidang
  • Bertanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan parlimen.
  • Tugas lain :
    a. Menghantar notis panggilan untuk memulakan persidangan parlimen.
    b. Menerima dan mengumpul usul @ cadangan @ pertanyaan lisan secara bertulis daripada ahli Parlimen.
    c. Mengeluarkan penyata rasmi (hansard) laporan persidangan.

***Hansard – Merupakan rekod rasmi yang  mengandungi catatan rakaman secara tepat dan sepenuhnya perbahasan yang berlaku dalam sidang parlimen.

 


KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSU) Pembetulan: (KSN)

 

Pelantikan :

  • KSU KSN dilantik oleh YDPA atas nasihat PM.

Peranan :

a. Merupakan Setiausaha Kabinet.
b. Pegawai Perkhidmatan Awam tertinggi di Malaysia.
c. Pegawai pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri ( merancang dan mengawal pelaksanaan program & dasar).
d. Penasihat utama PM.
e. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ( memastikan dasar-dasar kerajaan di setiap peringkat berjalan lancar).
f. Pengerusi Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SKN) Pembetulan: (SUK)

Pelantikan :

- SKN   SUK dilantik oleh sultan/ YDN atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Peranan :

a. Ketua pentadbir utama negeri.
b. Ketua perkhidmatan awam negeri.
c. Penasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Penasihat utama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
d. Pengerusi jawatankuasa peringkat negeri untuk penyelarasan antara negeri.
e. Ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

 ——————————————————————————————————————————————————————————————————-

Beberapa pembetulan yang diketengahkan oleh pembaca Berry yang prihatin.

  1. Pertama, singkatan jawatan Ketua Setiausaha Negara adalah KSN dan bukan KSU. KSU merujuk kepada jawatan Ketua Setiausaha di 25 Kementerian.
  2. Kedua jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri biasanya disebut sebagai SUK.
  3. Ketiga, kesemua jawatan Setiausaha Parlimen telah dimansuhkan semasa pengistiharan barisan Kabinet baru oleh YAB PM pada tahun 2008.

Previous post:

Next post: