Pendaftaran untuk memasuki Tingkatan 6 untuk sesi akademik 2011-2012 akan diadakan pada Isnin, 9 Mei 2011. Dengan, mengambil kesempatan ini, Berry Berry Easy ingin mengingatkan Berry Readers tentang beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada ‘hari pertama’ di sekolah.
Pendaftaran untuk Pra-Universiti (Tingkatan 6) Sesi Akademik 2011-12
Pendaftaran untuk Pra-Universiti (Tingkatan 6) akan mulai pukul 10.00 pagi, 9 Mei 2011
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa pada hari pendaftaran:
- Surat dari PPD
- Kad pengenalan (asal) dan salinan (fotokopi)
- Sijil kelahiran (asal) dan salinan (fotokopi)
- Keputusan SPM (asal) dan salinan (fotokopi)
- Yuran sekolah
- Jika bukan warga negara Malaysia, anda perlu membawa resit bayaran dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jikalau anda ingin tukar sekolah Tingkatan 6 yang lain, anda perlu menghubungi pegawai dari PPD. Butiran / Dokumen yang perlu dibawa:
- Surat dari PPD
- Kad pengenalan (asli) dan salinan (fotokopi)
- Sijil kelahiran (asli) dan salinan (fotokopi)
- Keputusan SPM (asli) dan salinan (fotokopi)
- Bil air/elektrik /talipon
- Dokumen-dokumen lain untuk menyokong permohonan anda
Pada 09-13 Mei 2011, pelajar baru Tingkatan 6 bawah diwajibkan untuk menghadiri sesi orientasi sekolah. Ini adalah aktiviti satu minggu yang meliputi pembentukan pasukan, kaunseling kerjaya dan ‘briefing’ untuk setiap mata pelajaran (Fizik, Biologi, Kimia, Matematik S, Matematik T, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan dan lain-lain). Ini akan menjadi pengalaman yang baik untuk pelajar baru Tingkatan 6 untuk mengenali lebih banyak rakan-rakan baru dan guru-guru.
{ 2 comments… read them below or add one }