Peruntukan Biasiswa Luar Negara JPA 2011

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Peruntukan Biasiswa Luar Negara JPA telah menjadi titik pertikaian setiap tahun. Malah, itu tidak perlulah menjadi begitu jikalau peruntukan biasiswa difahami oleh semua. Oleh itu, Berry Berry Easy ingin memberitahu kepada semua pembaca mengenai sistem peruntukan untuk biasiswa luar negara JPA. Walaupun hal ini mungkin bukan maklumat yang baru, tetapi kami masih menerima beberapa pembaca menulis untuk meminta penjelasan mengenai peruntukan biasiswa luar negara JPA. Bacalah:

Peruntukan Biasiswa Luar Negara JPA 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam

Perkara: Peruntukan Biasiswa Luar Negara JPA
Tahun: 2011
Jumlah biasiswa yang ditawarkan: 1500

Komposisi Peruntukan:
900 biasiswa atau 60% – Komposisi perkauman
300 biasiswa atau 20% – Dengan merit
150 biasiswa atau 10% – Bumiputera dari Sabah dan Sarawak
150 biasiswa atau 10% – Pelajar miskin (socially disadvantaged)

Kriteria:

  • Mereka yang mendapat sekurang-kurang 9A.
  • Lulus temuduga
  • Lulus ujian khas
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum

Kursus yang ditawarkan:
Berdasarkan kursus kritikal yang diperlukan oleh perkhidmatan awam yang meliputi bidang:

  1. Arkitek
  2. Perubatan gigi
  3. Kejuruteraan
  4. Undang-undang
  5. Perubatan
  6. Farmasi
  7. Sains dan Teknologi
  8. Sains Sosial

* Harap jangan menyamakan biasiswa luar negara ini dengan biasiswa dalam negara JPA.

Jadi apakah pandangan anda tentang ini? Adakah peruntukan ini adil? Apakah kaedah yang terbaik untuk mengedarkan biasiswa? Bolehkah anda memikirkan nisbah pengedaran yang lebih baik? Kami ingin mendengar semua pendapat anda.

Previous post:

Next post: