Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) Malaysia

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Sukan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Hal ini disebabkan manfaat kepada kesihatan tubuh badan, fikiran strategik dan semangat kerjasama pasukan boleh dipelajari. Kebanyakan Berry Readers telah melibatkan diri dalam pelbagai sukan, tetapi kebanyakan menyertai kegiatan sukan pilihan mereka secara sukarela. Dengan demikian, Berry Berry Easy ingin memperkenalkankepada semua pelajar Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S)

1Murid 1Sukan

Apa: Pelancaran 1Murid 1Sukan (1M 1S) Malaysia
Implikasi: Penyertaan dalam sukan bagi pelajar sekolah diwajibkan

Penjelasan tentang dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S)

  • Untuk mendorong pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
  • Pretasi akademik pelajar tidak akan terjejas melaui dasar ini, malah akan membuat pelajar menjadi ‘all-rounder’.
  • Pelajar sekolah menengah akan mendapat 90 minit setiap minggu untuk menyertai dalam sukan pilihan mereka.
  • Murid sekolah rendah pula akan mendapat satu jam setiap minggu.
  • Kini, pelajar sekolah menengah hanya menghabiskan 80 minit dalam Pendidikan Jasmani, sementara 60 minit untuk murid sekolah rendah.
  • Mereka yang mempunyai kesusahan untuk bersenam boleh dikecualikan untuk melibatkan diri dalam sukan.
  • Belanja akan meningkat dari RM2.40 untuk setiap pelajar kepada RM6.00 untuk pelajar sekolah menengah dan RM4.00 untuk pelajar sekolah rendah.

Acara Pelancaran Dasar 1M 1S:

  • 3 juta pelajar, guru dan kakitangan MOE akan melibatkan diri dalam Larian Serentak 1M 1S Malaysia yang diadakan di seluruh Malaysia.
  • Acara utama akan mengambil tempat di Padang Esplanade, Taiping pada tarikh 2 Julai 2011 (07:45).
  • Diharapkan bahawa rekod dalam Buku Rekod Malaysia dapat ditetapkan.
  • Larian serentak ini juga dibukakan kepada orang awam.
  • Pendaftaran acara ini ditutup pada 23 Jun 2011.

Apa pendapat anda tentang dasar ini? Bolehkah dasar ini memperbaikan sistem kini? Perlukah pelajar digalakkan untuk menyertai dalam acara sukan? Adakah ini membuat mereka “all-rounder”?

Previous post:

Next post: