Pembaharuan Dasar Penganugerahan Biasiswa JPA pada Tahun 2012

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menjadi suatu isu setiap tahun, terupamanya kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat biasiswa tersebut. Isu rasa tidak puas hati biasa didengarkan. Oleh itu, kajian untuk menukar atau mempebaharui dasar pemberian biasiswa JPA telah disuarakan sejak bertahun-tahun lamanya. Masa telah tiba dan telah diumumkan bahawa dasar pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam akan diadakan pada 2012. Berry Berry Easy merumuskan berita tersebut dan pembaca bolehlah membaca di artikel bawah ini.

Pembaharuan Dasar Penganugerahan Biasiswa JPA pada tahun 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam

Apa: Pembaharuan Sistem Penganugerahan Biasiswa JPA
Bila: Pada 2012
Tarikh Berkuatkuasa: Tidak pasti

Perubahan yang berkemungkinan:

  • Menempah (reserve) biasiswa untuk pelajar yang terbaik di peringkat kemasukan universiti.
  • Dermasiswa (bursary) kecil untuk peringkat lepasan SPM untuk kursus pelajar pra-universiti.
  • Kursus-kursus pra-universiti termasuk STPM, matrikulasi dan A-level.

Isu-isu lain dikemukakan:

  • Disebabkan keputusan SPM (O-level) tidak boleh digunakan sebagai inidikasi untuk prestasi “A-levels” , penganugerahan biasiswa kepada pelajar-pelajar peringkat lepasan-SPM tidaklah dianggap sebagai satu kaedah pemberian biasiswa yang terbaik.
  • Kunci untuk mengubah dasar ini adalah dari penganugerahanbiasiswa kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sangat baik dan mendapat tempat di universiti terkemuka.
  • Proses pemberian biasiswa juga perlu “adil dan seimbang” bagi memastikan bahawa semua masyarakat di Malaysia mendapat manfaat daripadanya.

Ia adalah tidak jelas jika perubahan yang dibuat akan berkuatkuasa pada 2012. Akan memaklumkan apabila kita tahu berita tersebut.

Apa pendapat anda tentang ini? Adakah ini perubahan dasar dialu-alukan? Atau adakah ia lama tertangguh? Berry Berry Easy mengalu-alukan pendapat dari anda.

Previous post:

Next post: