Kenaikan Pangkat Guru-Guru di Malaysia Tahun 2012

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Selain mengetahui bahawa guru telah memainkan peranan positif dalam mendidik pelajar-pelajar, salah satu daripada ganjaran terbaik guru ialah dalam bentuk kenaikan pangkat. Jadi, Berry Berry Easy ingin berkongsi berita baik untuk guru-guru mengenai kenaikan pangkat yang akan melibatkan komuniti guru di Malaysia pada tahun 2012.

Kenaikan Pangkat untuk Guru-Guru di Malaysia pada Tahun 2012

kementerian-pelajaran-malaysia

Apa: Kenaikan Pangkat untuk Guru-Guru di Malaysia pada Tahun 2012
Bila: 1 Januari 2012

Perkara penting untuk mengambil perhatian:

  • Kajian telah dijalankan untuk memuktamadkan skim penggredan guru baru.
  • Keputusan kajian itu akan diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk tindakan seterusnya.
  • Ia dijangka akan memberi kesan kepada keseluruhan komuniti pendidikan dan bukan hanya untuk pengetua sekolah.

Kenaikan pangkat yang berkemungkinan besar termasuk (belum disahkan sehingga kini):

Ia telah diumumkan sebelum ini pada 2011 Hari Guru bahawa:

  • 1228 pengetua sekolah akan dinaikkan pangkat ke Gred DG52.
  • 6585 pembantu kanan sekolah menengah dinaikkan ke Gred DG48.
  • 99 pembantu kanan sekolah rendah ‘kluster’ akan dinaikkan pangkat ke DGA34.

Walaubagaimanapun berita itu tidak diterima baik oleh 24 ‘Teacher’s Union’ kerana tempat kenaikan pangkat yang dikemukan hanya melibatkan sebahagian kecil daripada guru-guru yang hampir 400,000 dalam negara ini.

PM juga mengumumkan bahawa akan ada satu skim baru kenaikan pangkat pada 2012 untuk guru-guru.

  • Ini adalah untuk mengubah dan meningkatkan profesion perguruan selaras dengan tema hari guru.
  • Dari itu, guru-guru yang biasanya akan berada pada Gred D48 selepas 25 tahun perkhidmatan akan mempunyai peluang untuk dinaik taraf kepada Gred DG54, walaupun ia bergantung kepada beberapa faktor.

Guru-guru akan dikategorikan dalam empat kategori:

  • Guru Biasa
  • Guru Kanan
  • Guru Wibawa
  • Pendeta Guru

Apakah pendapat anda tentang skim baru ini? Adakah ia benar-benar akan meningkatkan profesion perguruan? Adakah sistem ini adil? Adakah ia terlalu rumit? Berry Berry Easy ingin mendengar daripada anda.

{ 3 comments… read them below or add one }

August 8, 2011
August 8, 2011
February 19, 2013

Previous post:

Next post: