Kontroversi Biasiswa JPA 2011

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Keputusan rayuan untuk permohonan biasiswa JPA tahun 2011 akhirnya diumumkan. Berry Berry Easy ingin membantu Berry Readers untuk memahami isu ini melalui rumusan berita. Pada dasarnya terdapat dua masalah utama yang baru saja diselesaikan. Bacalah artikel berikutnya:

Kontroversi Biasiswa JPA 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam

Apa: Kontroversi Biasiswa JPA 2011
Mengapa: Sebahagian daripada pelajar cemerlang SPM 2010 gagal untuk mendapatkan Biasiswa Luar Negara Jabatan Perkhidmatan Awam (PILN JPA)

MASALAH 1: 86 Pelajar Cemerlang SPM 2010

  • 86 pelajar cemerlang SPM 2010 pelajar (yang mendapat 9A+) gagal untuk mendapatkan biasiswa luar negara JPA atau program pilihan mereka. Namun, kabinet Malaysia telah melangkah untuk menyelesaikan masalah melalui pemberian biasiswa di institusi pengajian tinggi swasta yang melibatkan program ‘twinning’. Walaupun ini mungkin bukan pilihan yang tepat untuk pelajar berkaitan tetapi isu ini bolehlah dianggap telah ditangani.
  • ‘Twinning’ program melibatkan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta tempatan pada mulanya, dan pelajar akan mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di luar negara (partner university).

Kos Isu

  • 86 biasiswa ini diberikan di samping 1500 biasiswa luar negara JPA yang dirancangkan.
  • Biasiswa tambahan ini membawa kos tambahan sebanyak RM26.1 juta. Pada awalnya, JPA ingin menawarkan hanya RM14.8 juta, dimana kos akan naik sehingga RM52.1 juta jikalau semua 86 pelajar tersebut dihantar ke luar negeri.

MASALAH 2: Diploma dinawarkan untuk 67 pelajar 9A+ dan 103 pelajar 8A+

  • Sebanyak 67 calon SPM 2010 yang mendapat 9A+ dan 103 yang mendapat 8A+ ditawarkan program diploma. Sekarang, mereka akan diberikan program matrikulasi sehingga tahap darjah ijazah muda.

Akhir kata:

Pelajar yang mendapat semua A+ untuk SPM 2010 telah diberikan biasiswa.

Apakah pendapat para pembaca tentang cara penyelesaian isu ini?

{ 2 comments… read them below or add one }

July 9, 2011
July 9, 2011

Previous post:

Next post: