Kedudukan IPTA Malaysia dalam Webometrics Ranking Web of World Universities 2011 – Edisi Kedua

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

IPTA Malaysia telah membanggakan nama Malaysia dengan mencecah kedudukan 500 Universiti Terbaik di Dunia untuk Webometrics Ranking Web of World Universities 2011 – Edisi Kedua. Bacalah ringkasan berita dari Berry Berry Easy.

Kedudukan Universiti-universiti di Malaysia dalam Webometrics Ranking Web of World Universities 2011 – Edisi Kedua

Webometric Ranking Web of World Universities

Apa: IPTA Malaysia dalam mencecah Top 500 dalam Webometrics Ranking Web of World Universities 2011 – Edisi Kedua.
Bila: 2011 (Edisi Kedua)
Dari: Cybermetric Lab – kumpulan penyelidikan dari Consejo Superior de Investigaciones Científicas (CSIC) di Sepanyol.
Permulaan: Tahun 2004
Pembaharuan Senarai: Setiap 6 bulan

Ringkasan:

Tiga universiti di Malaysia (IPTA), iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat kedudukan 500 universiti terbaik di dunia dalam Webometrics Ranking Web of World Universities 2011 – Edisi Kedua.

Daripadanya:

  1. UTM menduduki tempat 419
  2. USM menduduki tempat 428
  3. UKM menduduki tempat 462
  • Ini adalah daripada sekitar 20.000 institusi pendidikan tinggi yang dikaji selidik di seluruh dunia.
  • Ini adalah kali pertama bahawa IPTA Malaysia telah mencapai kedudukan 500 universiti terbaik.

Kesuluruhannya, lima universiti terbaik di dunia adalah:

  1. Massachusetts Institute of Technology
  2. Harvard University
  3. Standford University
  4. Cornell University
  5. University of California, Berkeley

Sebab-sebab Kemunculan Senarai Ini

  • Untuk meningkatkan ‘web presence’ universiti-universiti di seluruh dunia dan menggalakkan penyelidik untuk lebih menerbitkan kandungan yang saintifik di Internet.

Petunjuk yang digunakan dalam Web Webometrics Ranking Universiti Dunia

Petunjuk utama termasuk:

  • Bilangan laman-laman web yang boleh dicarikan oleh enjin carian
  • Kesenangan dicari
  • Bilangan fail (rich files) yang ada
  • Kertas kerja yang dijumpai di Google Scholar

Berry Berry Easy berpendapat bahawa senarai ini tidaklah begitu relevan dibandingkan dengan senarai universiti yang lain, namun ia adalah baik untuk melihat peningkatan prestasi universiti-universiti di Malaysia. Apakah pendapat pembaca semua mengenai peningkatan prestasi ini? Adakah ia cukup baik?

Previous post:

Next post: