Jumlah Pelajar Universiti Antarabangsa di Malaysia 2011

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Pelajar-pelajar universiti antarabangsa di Malaysia adalah antara penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah destinasi popular untuk meneruskan pengajian tinggi di kalangan pelajar antarabangsa. Baca lebih lanjut mengenai di sini pada Berry Berry Easy.

Jumlah Pelajar Universiti Antarabangsa di Malaysia 2011

Ministry of Higher Education Malaysia

Apa: Jumlah Pelajar Antarabangsa di Malaysia 2011
Jumlah Pelajar Antarabangsa: Mencecah 90,000 pelajar antarabangsa di IPTA/IPTS Malaysia
Bila: Sehingga Jun 2011
Kedudukan dunia: No. 11 terbanyak di dunia
Peratus Jumlah: 2% daripada jumlah pelajar antarabangsa di seluruh dunia

Ringkasan

  • Malaysia telah mencapai kedudukan ke-11 di dunia dari segi jumlah pelajar antarabangsa di seluruh dunia.
  • Ini dicapai melalui jumlah pelajar luar negeri di dalam Malaysia yang telah mencecah 90,000, atau sekitar 2% daripada jumlah pelajar antarabangsa di dunia.
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT/MOHE) telah menetapkan sasaran 200,000 pelajar asing di Malaysia menjelang tahun 2020.
  • Peningkatan dalam jumlah pelajar luar negara di Malaysia adalah disebabkan oleh dasar liberalisasi pendidikan tinggi yang menyediakan ekuiti asing 100% menjelang tahun 2015.

Kekuatan Malaysia dalam bidang pendidikan tinggi termasuk:

  • Hospitaliti dan Pelancongan
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Kewangan Islam dan Perniagaan
  • Kejuruteraan
  • Sains dan Inovasi

Apakah pendapat anda mengenai peningkatan jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia? Berry Berry Easy ingin mendengar pandangan anda. :-)

Previous post:

Next post: