SPM Bahasa Inggeris Akan Dijadikan Subjek Wajib Lulus

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Seperti pengumuman beberapa bulan yang lepas mengenai subjek SPM Sejarah yang dibuat wajib lulus untuk mendapat sijil SPM, SPM Bahasa Inggeris juga akan dibuat sebagai subjek wajib lulus pada masa akan datang. Berry Berry Easy membawa ringkasan berita yang dilaporkan.

Bahasa Inggeris Dijadikan Subjek “Wajib Lulus” dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

kementerian-pelajaran-malaysia

Apa: Kertas bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM akan dijadikan subjek wajib lulus pada masa akan datang.
Bila: “Tidak terlalu jauh” seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
(Diterjemahkan dari “Not very far away”)

Ringkasan berita:

  • Bahasa Inggeris di peringkat SPM akan dibuat mata pelajaran wajib lulus, seperti Bahasa Malaysia (sekarang ini) dan Sejarah (akan dilaksanakan).
  • Ini hanya akan berlaku apabila kurikulum baru Bahasa Inggeris SPM dilaksanakan. (Harus diperhatikan bahawa KPM sentiasa mengkaji semula sukatan pelajaran Bahasa Inggeris.)
  • Sebelum itu, jumlah guru-guru Bahasa Inggeris perlu dipastikan supaya cukup untuk semua sekolah-sekolah di Malaysia.
  • Pada masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang memeriksa dan menilai isu ini.
  • Untuk SPM 2011, kertas SPM Bahasa Inggeris belum lagi menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

Bagaimana pelan ini akan dilaksanakan?

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menambahkan komponen yang melibatkan tatabahasa dan sastera ke dalam sukatan pelajaran BI SPM.
  • Jumlah masa untuk mempelajari Bahasa Inggeris untuk pelajar juga akan dilebihkan lagi.
  • Untuk meningkatkan tahap pemahaman dan kualiti Bahasa Inggeris di negara ini, 50 pembantu pengajaran Bahasa Inggeris Fulbright akan tiba di Malaysia pada awal 2012.
  • Transformasi kurikulum Bahasa Inggeris SPM akan mengambil masa dan hanya akan dapat dilihat dalam masa 2-3 tahun.

Adakah ini satu langkah yang positif oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan Bahasa Inggeris suatu subbjek mesti lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Adakah langkah ini akan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan golongan muda Malaysia? Berry Berry Easy ingin mendengar pendapat dari semua Pembaca Berry Berry Easy.

Previous post:

Next post: