Tiada Tips dan Soalan Bocor untuk Ujian Percubaan SPM dan STPM 2011

by BerryBerryTeacher

in Berry Super Tips *SPM/STPM

Tips untuk SPM 2011 dan STPM 2011 ujian tidak akan disediakan oleh Berry Berry Easy pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Berry Berry Easy hanya akan menerbitkan tips untuk peperiksaan SPM 2011 dan STPM 2011 yang sebenar. Kepada para pembaca yang risau, janganlah risau lagi, tips peperiksaan SPM 2011 dan STPM 2011 akan dipaparkan di laman web ini pada akhir September 2011 hingga ke awal bulan Oktober 2011.

Tiada Tips dan Soalan Bocor untuk Ujian Percubaan SPM 2011 dan STPM 2011

kementerian-pelajaran-malaysia

Sebab-sebab Berry Berry Easy tidak akan memberikan tips untuk peperiksaan percubaan SPM 2011 dan STPM 2011 percubaan termasuk:

  1. Ianya adalah lebih baik untuk mencabar diri sendiri dalam ujian percubaan SPM 2011 ataupun STPM 2011 untuk mengetahui tahap pemahaman anda sebelum mengambil peperiksaan (SPM / STPM 2011) yang sebenar.
  2. Daripada keputusan yang diperolehi berdasarkan peperiksaan percubaan anda, anda boleh mengetahui kelemahan anda dan masa diperuntukkan untuk bekerja keras untuk meningkatkan tahap permahaman.
  3. Setiap negeri masing-masing mempunyai peperiksaan persubaan SPM 2011/STPM 2011, jadi adalah mustahil untuk mendapatkan tips untuk semua negeri.
  4. Kaedah untuk mendapatkan tips untuk kertas SPM dan STPM adalah berdasarkan analisis kertas percubaan tahun ini untuk semua negeri, jadi tips “tepat” untuk peperiksaan SPM dan STPM yang sebenar boleh didapati untuk SPM/STPM sebenar tetapi tidak untuk peperiksaan percubaan.

Silalah bersabar menunggu ketibaan tips peperiksaan SPM 2011 dan STPM 2011 yang sebenar. Kami berhasrat untuk mengembangkan lagi skop tips untuk beberapa subjek lagi melalui kerjasama dengan guru-guru lain dan pakar-pakar dari subjek yang lebih. Oleh itu, bersabarlah untuk tips tepat. Jikalau pembaca mempunyai tips yang ingin dikongsikan, bolehlah menulis kepada pihak kami atau menulis komen pada halaman ini. “Sharing is caring”. :-)

Pihak Berry Berry Easy berharap bahawa semua pelajar yang mengambil SPM 2011 dan STPM 2011 akan mendapat skor yang tinggi pada peperiksan percubaan yang akan datang.

Previous post:

Next post: