Universiti Terbaik di Malaysia Tahun 2011/12

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Universiti Malaya (UM) telah berjaya memperbaiki kedudukan universiti terbaik di dunia dalam QS World University Ranking untuk 2011/2012. Dalam senarai terbaru yang diumumkan, UM telah berjaya memasuki ke tempat 200 universiti terbaik di dunia. Berry Berry Easy ingin mengucapkan tahniah kepada UM keatas kejayaannya. Bacalah segalanya tentang kedudukan untuk universiti-universiti Malaysia di Berry Berry Easy.

Universiti Terbaik di Malaysia Tahun 2011/12

QS World University Ranking

Apa: QS World University Ranking 2011/2012 untuk Universiti di Malaysia
Bila: Bagi sesi akademik tahun 2011/2012
Berita baik: UM berjaya memasuki semula tempat 200 Universiti terbaik dalam QS World University Ranking

Mengenai QS World University Ranking

  • Senarai tahunan disusun Quacquarelli Symonds Ltd (QS).
  • Senarai ini dihasilkan daripada penilaian 2,919 universiti, penilaian dengan teliti 700 universiti.
  • Sebagai hasil, Senarai 500 Universiti Terbaik di Dunia diumumkan.

Antara faktor-faktor yang dinilai adalah seperti berikut:

  • Reputasi akademik (40%)
  • Reputasi majikan (10%)
  • Nisbah pelajar Fakulti (20%)
  • Petikan setiap fakulti (20%) [citation]
  • Perkadaran pelajar antarabangsa (5%)
  • Perkadaran fakulti antarabangsa (5%)

Ringkasan

  • Universiti Malaya (UM) muncul sebagai universiti terbaik di Malaysia dalam senarai QS Ranking Universiti Dunia bagi tahun 2011/2012.
  • UM merupakan universiti tunggal di Malaysia yang memasuki tempat 200 terbaik dalam senarai QS World University Ranking 2011/12.
  • Kedudukan UM dalam senarai tersebut berjaya dinaikkan sebanyak 40 tempat daripada 207 pada tahun 2010 kepada 167 tahun ini.
  • Langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan bahawa UM akan disenaraikan dalam 100 universiti terbaik pada tahun 2015.
  • Peningkatan untuk UM adalah hasil peningkatan dalam aspek-aspek akademik, skor majikan dan aspek antarabangsa.
  • Prestasi kedudukan universiti-universiti utama yang lain di Malaysia yang berjaya disenaraikan seperti USM, UKM, UPM dan UTM telah menurun.
  • Sementara itu, dua buah universiti, IIAM dan UiTM telah berjaya memasuki senarai tahun ini.

Prestasi Universiti di Malaysia

Universiti Kedudukan 2011 Kedudukan 2010 Perubahan
University Malaya (UM) 167 207 Naik40 tempat
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 279 263 Turun 16 tempat
Universiti Sains Malaysia (USM) 335 309 Turun26 tempat
Universiti Putra Malaysia (UPM) 358 319 Turun39 tempat
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 401-450 365 N/A
International Islamic University Malaysia (IIUM) 451-500 - N/A
Universiti Teknologi Mara (UiTM) 601+ - N/A

.

Jadual berikut menunjukkan universiti terkemuka Dunia, Asia dan Asia Tenggara.

Senarai 10 Universiti Terbaik Sedunia Tahun 2011/2012

Kedudukan University Negara Markah
1 University of Cambridge UK 100
2 Harvard University USA 99.3
3 Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA 99.2
4 Yale University USA 98.8
5 University of Oxford UK 98.0
6 Imperial College London UK 97.6
7 University College London (UCL) UK 97.3
8 University of Chicago USA 96.1
9 University of Pennsylvania USA 95.7
0 Columbia University USA 95.3

.

Senarai 10 Universiti Terbaik di benua Asia Tahun 2011/2012

Kedudukan di Asia Kedudukan di Dunia Universiti Negara Score
1 22 University of Hong Kong Hong Kong 87.0
2 25 The University of Tokyo Japan 85.9
3 28 National University of Singapore (NUS) Singapore 84.1
4 32 Kyoto University Japan 82.9
5 37 The Chinese University of Hong Kong Hong Kong 79.5
6 40 The Hong Kong University of Science and Technology Hong Kong 79.1
7 42 Seoul National University South Korea 78.7
8 45 Osaka University Japan 77.5
9 46 Peking University China 77.4
10 47 Tsinghua University China 76.3

.

Senarai 10 Universiti Terbaik di Asia Tenggara Tahun 2011/2012

Kedudukan di Asia Tenggara Kedudukan di Dunia Universiti Negara Markah
1 28 National University of Singapore (NUS) Singapore 84.1
2 58 Nanyang Technological University (NTU) Singapore 72.5
3 167 Universiti Malaya (UM) Malaysia 50.9
4 171 Chulalongkorn University Thailand 50.7
5 217 University of Indonesia Indonesia 45.1
6 229 Mahidol University Thailand 43.1
7 279 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia 39.2

.

Apakah pendapat anda mengenai kedudukan universiti-universiti di Malaysia? Berry Berry Easy ingin mendengar pandangan anda.


Previous post:

Next post: