STPM Pengajian Am 2011 Extra Tips and Predictions for Paper 900/2 – Answering Techniques Bahagian A and Bahagian B

by BerryBerryTeacher

in Berry Super Tips *SPM/STPM

STPM Pengajian Am 2011 Extra Tips and Predictions for Paper 900/2 – Answering Techniques Bahagian A and Bahagian B

Prepared by Panitia-Panitia Pengajian Am Daerah Johor Bahru

Section/Bahagian A (Karangan Laras Sastera) and Section/Bahagian B (Karangan Laras Sains)

Pelajar dikemukakan 4 soalan dalam kertas 900/2:

  • 2 soalan Bahagian A (Laras Sastera)
  • 2 soalan Bahagian B (Laras Sains)

Pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan (1 soalan daripada laras sastera dan 1 soalan daripada laras sains)

Contoh topik-topik yang boleh dikemukakan:

Laras Sastera Laras Sains
Pendidikan Tenaga
Bahasa dan budaya Geologi
Ekonomi Bioteknologi
Kemanusiaan Alam sekitar
Kemasyarakatan Biojisim
Sukan Matematik
Sosiologi Astronomi
Seni dan sastera Perubatan
Geografi Kejuruteraan
Sejarah Kesihatan
Urbanisasi Kimia
Antropologi Fizik
Moral Computer
Komunikasi Pertanian
Undang-undang / perundangan Kajian dan penyelidikan
Psikologi Ternakan

TEKNIK PEMARKAHAN

  • Pengenalan – Tiada markah khusus
  • Idea – Satu idea = 1 markah, idea tepat/hampir tepat dikira 1 markah, markah maksimum idea hanya 4, idea mesti ikut laras: karangnaa laras sastera – idea sastera & karangan laras sains- idea sains
  • Huraian dan Penjelasan – Markah maksimum huraian bagi setiap idea ialah 3, markah pecahan huraian bagi setiap idea = 0, 1, 1 ½ , 2, 2 ½ dan 3.
  • Bahasa = markah maksimum bahasa ialah 4. Karangan menyeleweng penuh – tiada markah bahasa, markah minimum bahasa 1 dengan yarat meendapat sekurang-kurang 1 idea, kesalahan bahassa berdasarkan : tatbahasa salah 8 – tolak 1 markah & struktur ayat salah 4 – tolak 1 markah
  • Impak – markah makssimum 4, markah impak bergantung idea, huraian dan bahasa
  • Penutup – tiada markah khusus

Karangan (menjawab Bahagian A dan B) mesti mengandungi

  1. pengenalan
  2. huraian dan penjelasan
  3. penutup

Cara Penulisan Karangan

  • Pengenalan yang disediakan mestilah ringkas & berpandu soalan.
  • Idea / Isi mesti berpandukan soalan, berpandu laras & relevan.
  • Huraian dan Penjelasan berpandu idea & berpandu laras.
  • Kepanjangan karangan mesti mengandungi 250 – 300 patah perkataaan.
  • Satu idea seharusnya disokong sekurang-kurangnya 2 hujahan.
  • Huraian mesti relevan.
  • Penutup haruslah ringkas dan rujuk pandangan umum atau rumusan idea.

Terbahagi kepada 3 laras persoalan

  • karangan SATU laras persoalan – soalan hanya mengandungi satu bahagian & jawapan hanya mengandungi satu bahagian.

Contoh: Tenaga kerja asing memainkan peranan penting kepada pembangunan negara. Bincangkan.

  • karangan DUA laras persoalan – soalan mengandungi dua bahagian & jawapan mengandungi dua bahagian

Contoh: Penyakit berjangkit berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkaitan. Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk pencegahan. Bincangkan.

  • karangan TIGA laras persoalan – soalan mengandungi tiga bahagian & jawapan mengandungi tiga bahagian

Contoh: Penyakit kanser banyak dikaitkan dengan amalan makanan dan keturunan. Walau bagaimana pun masih terdapat faktor lain yang menyebabkan penularannya. Jelaskan.

————————————————————

Berry Berry Easy wishes all STPM 2011 Pengajian Am candidates good luck. Please share this tips with your friends and return credits (with links) to Berry Berry Easy if you wish to share them in your blogs. :-)

Join Berry Berry Easy at FacebookDo also join our Facebook group for latest updates on the examination tips. Remember to share the tips on Facebook with all your classmates and friends. As they say, caring is sharing. :-)

Previous post:

Next post: