STPM Pengajian Am 2011 Extra Tips and Predictions for Paper 900/2 – Answering Techniques Bahagian E

by cikgu manisah ahmad

in Berry Super Tips *SPM/STPM

STPM Pengajian Am 2011 Extra Tips and Predictions for Paper 900/2 – Answering Techniques Bahagian E

Menukar bentuk teks bukan linear kepada linear. Terdapat 3 perkara utama yang pelajar perlu mengambil tahu.

1. Pola antara tahun (bandingkan dgn tahun-tahun lain) terdiri daripada:

  • Jumlah keseluruhan
  • Pola yang meningkat berterusan
  • Pola yang menurun berterusan
  • Pola tidak konsisten

2. Pola dalam tahun (dalam tahun itu sahaja) terdiri daripada:

  • Pola yang paling tertinggi/paling banyak
  • Pola yang paling terendah/ paling kecil

3. Alasan ada 2 jenis iaitu:

a. Alasan berkaitan pola.

Dalam soalan dinyatakan “Mengapa keadaan sedemikian berlaku?

Penjelasan: Jadi perlu letak alasan pada setiap perenggan.

b. Alasan tidak berkaitan pola.

Soalan baru diberikan contohnya: “Berdasarkan graf bar di bawah, nyatakan pola bilangan kes jenayah di Malaysia  antara tahun 2002 hingga 2004. Jelaskan langkah-langkah yang diperlukan utk mengatasinya.” (soalan baru yang diberikan).

Penjelasan: Maka pelajar perlu beri beberapa alasan tentang langkah-langkah tersebut di perenggan terakhir sekali sebelum kesimpulan, tidak perlu tulis alasan pada tiap-tiap perenggan.

Kata kunci dalam soalan:

1. Jika dalam soalan ada perkataan: pola, analisa, aliran & perubahan

  • maka skema jawapan: 3 pola antara tahun & 1 pola dalam tahun

2. Jika dalam soalan ada perkataan: hubungkait, ulasan & tafsirkan

  • maka skema jawapan: 4 Pola antara tahun sahaja.

* Untuk mendapat markah lebih, pelajar hendaklah mengira nilai tersirat ( mengira peratus perubahan)

All the best.
- Cikgu Manisah
—————————

Berry Berry Easy wishes all STPM 2011 Pengajian Am candidates good luck. Please share this tips with your friends and return credits (with links) to Berry Berry Easy if you wish to share them in your blogs. :-)

Join Berry Berry Easy at FacebookDo also join our Facebook group for latest updates on the examination tips. Remember to share the tips on Facebook with all your classmates and friends. As they say, caring is sharing. :-)

Previous post:

Next post: