Pameran Pendidikan Suratkhabar The STAR 2012

by BerryBerryTeacher

in Berry Announcement

Pameran Pendidikan The STAR 2012 (The STAR Education Fair 2012) kembali lagi untuk tahun ke-24 berturut-turut. Jadi, untuk bakal pelajar yang ingin untuk mengumpul maklumat untuk memohon ke universiti-universiti, pastikan bahawa anda datanglah ke lokasi pada masa, tarikh dan lokasi yang dinyatakan. Seperti tahun-tahun lain, maklumat terperinci mengenai nasihat kerjaya, peluang-peluang biasiswa dan bantuan kewangan juga akan disediakan. Di sana, informasi untuk kursus prasiswazah (undergraduate) dan pascasiswazah (postgraduate), program berkembar (twinning programme), program pembelajaran jarak jauh (distance learning), kursus-kursus diploma (diplomas) dan kursus sijil (certificate). Oleh itu, silalah membaca artikel ini daripada Berry Berry Easy. Ini adalah penting bagi pembaca-pembaca yang tinggal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan mahu melawat pameran pendidikan di Pulau Pinang dan pameran pendidikan di Kuala Lumpur.

Pameran/Pesta Pendidikan The STAR di Malaysia 2012

The STAR Education Fair

Apa: Pameran Pendidikan The STAR 2012 (1)
Tarikh: 7-8 Januari 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 11:00-7:00 (setiap hari)
Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur
Yuran: Percuma
Apa: Pameran Pendidikan The STAR 2012 (2)
Tarikh: 24-25 Mac 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 11:00-7:00 (setiap hari)
Tempat: Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Pulau Pinang
Yuran: Percuma

Siapa yang patut hadir?

  1. Pelajar lepasan SPM dan STPM
  2. Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran lepas prasiswazah
  3. Ibu bapa yang berkenaan
  4. Mereka yang mempunyai minat terhadap pendidikan

Perhatian: Jangan lupa untuk membawa kelayakan akademik atau sijil-sijil (sebaik-baiknya diperakui oleh pihak-pihak yang berkenaan) kepada pameran itu untuk memudahkan proses pendaftaran.

Previous post:

Next post: